Penerangan
Tarikh: 16 Februari 2023
Aktiviti: lawatan tapak ke Oil Spill Response Limited (OSRL), Singapura iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dimiliki sepenuhnya oleh industri minyak dan gas untuk bertindak balas secara berkesan ke atas tumpahan minyak bersempena Mesyuarat Teknikal Revolving Fund Committee (RFC) pada 15-16 Februari 2023 di Royal Plaza on Scotts, Singapura.
Kehadiran: Delegasi-delegasi Malaysia yang diketuai oleh Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan disertai oleh Encik Norijipin bin Saidi, Pengarah Bahagian Keselamatan Sekuriti dan Alam Sekitar, Jabatan Laut Malaysia (JLM) serta Puan Norina Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Air dan Marin, JAS telah menyertai sesi lawatan dan taklimat yang diketuai oleh Pengarah Wilayah OSRL, Mr Darren Waterman.
Tujuan: Skop utama lawatan dan taklimat adalah mengenai jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh OSRL dalam tindak balas kawalan tumpahan minyak dan semua delegasi termasuk delegasi Indonesia dan Singapura telah dibawa ke gudang tempat penyimpanan dispersant dan peralatan bagi pembersihan tumpahan minyak.