PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL @ JAS TERENGGANU RASMI DIBUKA KEPADA ORANG AWAM

DOE Terengganu 23/02/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL @ JAS TERENGGANU RASMI DIBUKA KEPADA ORANG AWAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
23/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 23 Februari 2022:  Perpustakaan Enviro Digital @ JAS Tereangganu telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bertempat di ruang legar pejabat JAS Terengganu hari ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd dan Ketua Penolong Pengarah Encik Mohd Norli bin Abdullah dan seluruh warga JAS Terengganu. Dalam usaha Jabatan untuk melahirkan warga JAS yang berilmu, inovatif dan kreatif, perpustakaan memainkan peranan penting dalam menyalurkan ilmu kepada seluruh warga JAS. Kemudahan ini juga turut memberi faedah kepada orang awam terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan. Selaras dengan perkembangan teknologi digital masa kini, Perpustakaan JAS Terengganu dinaiktaraf kepada suasana yang lebih kondusif dan mesra pengguna, di samping memberikan persekitaran menarik serta transformasi maklumat secara digital. Orang awam dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai Jabatan Alam Sekitar Malaysia salah satu Jabatan Persekutuan yang diwujudkan di Negeri ini yang bertanggunjgjawab menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta memupuk kesedaran dikalangan orang awam dalam melestarikan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan