Penerangan
15 February 2023 – Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama ASHRAE Malaysia Chapter telah mengadakan “Roadshow Ozone2Climate Technologies in Refrigeration and Air-Conditioning Sector” yang bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak. Penganjuran Roadshow ini merupakan siri ketiga yang dilaksanakan bertujuan untuk mempromosikan teknologi refrigeran yang mesra ozon dan mempunyai nilai potensi pemanasan global (GWP) rendah selaras dengan komitmen negara dalam melindungi lapisan ozon dan menangani perubahan iklim.
Encik Ryan Ooi Chean Weai, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah menyempurnakan program ini. Pelbagai perkongsian maklumat mengenai pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidroklorofluorokarbon (HPMP) di Malaysia, teknologi refrigeran semula jadi dan GWP rendah, piawaian keselamatan, perubahan iklim dan konsep bangunan hijau telah diadakan oleh wakil Jabatan dan pakar-pakar dari dalam dan luar negara. Seramai lebih kurang 138 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat pengimport, industri dan pelajar telah menghadiri roadshow ini secara bersemuka.
Tarikh : 15 Februari 2023
Tempat : The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak