PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

1 Februari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit Buangan Terjadual) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang ditetapkan buangan terjadual bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemeriksaan mendapati premis gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan