Penerangan
31 Januari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang menjalankan proses berasakan pembuatan makanan di Kawasan Perindustrian SILC , Gelang Patah susulan aduan pencemaran yang diterima oleh penduduk tempatan. Hasil siasatan mendapati terdapat kegagalan terhadap Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian di premis tersebut . Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dilakukan terhadap premis tersebut dan arahan pembetulan telah dikeluarkan. Pihak premis dikehendaki mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan berlaku pencemaran sebelum dibenarkan operasi semula.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.