PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS PEMBUATAN BARANGAN KULIT DIDENDA RM 30,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA

DOE Melaka 23/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS PEMBUATAN BARANGAN KULIT DIDENDA RM 30,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

22 Februari 2023, MELAKA - Sebuah premis pembuatan barangan kulit, Kenny Leather (M) Sdn. Bhd. telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada hari ini. Pihak premis didapati melepaskan efluen melebihi had piawaian yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian), 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Pihak premis telah mengaku bersalah di atas dua (2) pertuduhan dibawah Peraturan 11(1) (b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian), 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 30,000. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan