PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

INISIATIF ALAM SEKITAR BAGI PENINGKATAN PEMATUHAN KILANG KELAPA SAWIT SIME DARBY PLANTATION MELAKA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 24/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
INISIATIF ALAM SEKITAR BAGI PENINGKATAN PEMATUHAN KILANG KELAPA SAWIT SIME DARBY PLANTATION MELAKA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

21 Februari 2023, MELAKA – Satu perjumpaan telah diadakan bagi perbincangan mengenai status pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan inisiatif alam sekitar oleh KKS dibawah Sime Darby Plantation di Melaka di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah diadakan. Pihak kilang telah membentangkan secara ringkas pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terutama berkaitan aduan yang diterima dimana ia dalam pemantauan Jabatan. Komitmen terhadap pematuhan dan inisiatif alam sekitar merujuk kepada RSPO dan MSPO yang diamalkan syarikat. Pihak kilang juga telah diingatkan untuk memastikan pematuhan bagi sebarang pelepasan bendasing ke alam sekitar. Poster dan brosur kesedaran alam sekitar turut disampaikan kepada pihak kilang sebagai promosi dimana salah satunya adalah kempen larangan pembakaran terbuka untuk kelestarian alam sekitar. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan