Penerangan
31 Januari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit Buangan Terjadual) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang ditetapkan buangan terjadual bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mematuhi Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah Akta tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.