Penerangan
31 Januari 2023, TANJUNG LANGSAT : Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kilang pembuatan bahan pencuci kerana melepaskan efluen tidak terawat ke dalam longkang awam.
Arahan pembaikan telah dikeluarkan kepada kilang tersebut untuk mematuhi Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Persampelan bagi pelepasan efluen telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya.
Pihak industri dan mana-mana pihak adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya secara konsisten sepanjang masa.