PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PAMERAN SEMPENA SEMINAR MASYARAKAT BERKARBON RENDAH DI MUAR, JOHOR

DOE Johor 28/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PAMERAN SEMPENA SEMINAR MASYARAKAT BERKARBON RENDAH DI MUAR, JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

31 Januari 2023, MUAR - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar telah menyertai program pameran sempena Seminar Masyarakat Berkarbon Rendah anjuran bersama Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar, Agensi Nuklear Malaysia dan Pejabat Projek Plan Malaysia Zon Selatan bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. Penganjuran seminar ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan inovator tempatan dalam menambah nilai bahan buangan kepada inovasi yang lebih baik serta sebagai platform membina ekosistem mengupaya konsep 'waste to wealth' iaitu memberi pilihan kedua yang lebih mesra alam selain menjana pendapatan sampingan. Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar telah mengadakan pameran berkenaan fungsi jabatan serta sesi libat urus dengan agensi berkaitan dan masyarakat setempat. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan program yang bermanfaat ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan