PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

31 Januari 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis memproses kelapa sawit mentah di Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pemeriksaan ke atas premis dalam keadaan cuaca hujan menemui beberapa perkara yang memerlukan tindakan penambahbaikan oleh pihak premis. Arahan lapangan bagi tindakan penambahbaikan telah dikeluarkan kepada premis bagi memastikan patuh kepada Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah Akta tersebut. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan