PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DARATAN DAN TINJAUAN UDARA DALAM MEMANTAPKAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 21/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DARATAN DAN TINJAUAN UDARA DALAM MEMANTAPKAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN- TERENGGANU, 17 FEBRUARI 2023: Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman, terus komited menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan melalui jalan daratan dan tinjauan menggunakan peralatan drone melibatkan kawasan Gong Limau, Kg.Besut, Bukit Kuang, Teluk Kalong, Kijal, Bakau Tinggi, Chukai, Kijal, Kemasi dan Kerteh. Tiada pembakaran terbuka dikesan. Selain itu juga, hasil pemantauan operasi premis-premis yang berada di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kemaman Supply Base, Kompleks Bersepadu Petrokimia Kerteh dan Taman Industri Biopolimer juga tidak mengesan sebarang aktiviti abnormal dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Tindakan proaktif pihak pengurusan tertinggi JAS Terengganu dan kesiap siagaan pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman menunjukkan keseriusan dalam memastikan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan