Penerangan
KEMAMAN- TERENGGANU, 18 FEBRUARI 2023: Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kawasan rondaan melibatkan Chukai, Mak Chili, Pulau Tempurung, Pasir Minal, Binjai,Paman, Pasir Gajah, Batu 14, Ibok dan Jakar. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Jakar dan Tapak Pelupusan Sampah Mak Chili, mendapati tiada aktiviti mncurigakan dan abnormal ditemui.
Walau bagaimanapun “banner” larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka berlaku.