Penerangan
KEMAMAN- TERENGGANU, 19 FEBRUARI 2023: Cuti umum bersempena memperingati Israk dan Mikraj, pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan memantau operasi kilang-kilang yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan Chukai, Kawasan Perindustrian Jakar, Mak Lagam, Cheneh, Air Putih, Kg Tebak, Bukit Sah, Paman, Ibok, Kg Kemunting, Kawasan Perindustrian Telok Kalong dan Bakau Tinggi.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Namun pemasangan banner telah dipasang di kawasan Kg Tebak dan Bukit Sah kerana terdapat longgokan sisa yg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
Penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Jakar dan Kawasan Perindustrian Telok Kalong juga turut dipantau dan didapati tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di kawasan tersebut.
Selain itu Kawasan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Jembalang juga turut ditinjau sebagai langkah proaktif bagi mencegah kes-kes jenayah alam sekitar seperti pelupusan haram buangan terjadual.
Kesiap sediaan pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu ini, demi memastikan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dapat ditangani segera.