Penerangan
KUALA TERENGGANU, 15 FEBRUARI 2023: Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan ke pejabat Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) untuk membincangkan cadangan kerjasama bagi penganjuran program pengumpulan e-waste.
Program yang bakal dianjurkan bermula pertengahan Februari hingga Mac 2023, dijangka akan membantu komuniti sekitar Kg. Laut dan Chendering untuk menguruskan dan melupuskan e-waste dengan cara yang betul dan selamat.
Komitmen dan inisiatif yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan PSKT ini dalam melestarikan alam sekitar amat-amat dihargai dan diharapkan jalinan kerjasama ini akan berterusan.