Penerangan
KUALA TERENGGANU, 12 FEBRUARI 2023: Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tanjung Sabtu, Kuala Nerus hari ini.
Perjumpaan secara tidak rasmi ini telah membincangkan jalinan kerjasama bagi melaksanakan program kesedaran alam sekitar bersama komuniti Kg. Tanjung Sabtu yang bakal diadakan pertengahan Mac 2023.
Komitmen dan inisiatif yang ditunjukkan oleh wakil komuniti ini dalam program-program kesedaran alam sekitar amat-amat dihargai dalam menjayakan program kelestarian di negeri ini.