PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI PERTEMUAN WAKIL PERSATUAN PENGUSAHA LORI TERENGGANU (PELOT) BERSAMA JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 21/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PERTEMUAN WAKIL PERSATUAN PENGUSAHA LORI TERENGGANU (PELOT) BERSAMA JAS TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 21 Februari 2023: Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi permohonan dari wakil Persatuan Pengusaha Lori Terengganu (PELOT) seramai 14 orang untuk mengadakan sesi pertemuan dengan YBrs. Pengarah JAS Terengganu, Encik Ramli Abd. Rahman. Hadir sama dalam pertemuan ini adalah Timbalan pengarah JAS Terengganu, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd dan Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan pasukan penguatkuasa dari Unit Kenderaan Bermotor yang diketuai oleh Encik Aisham bin Husin. Sesi pertemuan ini telah membincangkan isu-isu berkaitan dengan pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Pada sesi terakhir pertemuan ini, Tuan Pengarah JAS Terengganu mengucapkan terima kasih di atas komitmen pihak PELOT untuk mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan