Penerangan
Program ini berlangsung pada 19-21 Februari 2023 ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Tawau dan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan oleh Unit Operasi, Rangkaian dan Pusat Data, Bahagian Teknologi Maklumat HQ Putrajaya.
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membuat semakan rangkaian, keselamatan aset, perkakasan ICT dan sistem aplikasi ICT di kaunter pendaftaran, lokasi pegawai dan juga membuat naziran keselamatan ICT termasuk pelupusan aset ICT, pemeriksaan dokumen berkaitan dengan pengurusan aset, bilik server, penggunaan sistem online dan sebagainya.