Penerangan
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2023 & MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI TAHUN 2022
TARIKH 12 JANUARI 2023 @ KHAMIS
LOKASI DEWAN BAIDURI, WISMA SUMBER ASLI
Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 dan Majlis Persaraan Pegawai Tahun 2022 telah diadakan di Dewan Baiduri Wisma Sumber Asli pada 12 Januari 2023. Majlis Amanat Tahun Baharu merupakan program tetap pada setiap awal tahun baharu. Majlis Amanat ini amat bermakna kepada semua warga JAS dimana pada majlis ini akan disampaikan penghargaan terhadap pencapaian bagi tahun sebelum dan aspirasi serta amanat bagi tahun baharu yang bakal ditempuhi.
Antara lain amanat Ketua Pengarah Alam Sekitar adalah menyeru semua warga JAS agar sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan dalam semua aspek pelaksanaan dan tanggungjawab serta skop kerja JAS supaya ianya dapat memenuhi tuntutan orang awam ke atas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari semasa ke semasa dan juga pada masa akan datang.
Pada majlis ini juga turut diadakan Majlis Persaraan Tahun 2022 bagi meraikan pegawai-pegawai yang telah bersara pada tahun 2022. Seramai lapan (8) orang pegawai yang bersara telah hadir ke majlis ini. Kehadiran keseluruhan secara fizikal adalah seramai 200 orang pegawai termasuk Pengurusan Tertinggi Jabatan, Pengarah-pengarah bahagian dan negeri, dan lebih 300 orang pegawai telah menyertai secara dalam talian.