PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS PEMBUATAN PENYADURAN LOGAM DIDENDA RM 30,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA

DOE Melaka 16/02/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS PEMBUATAN PENYADURAN LOGAM DIDENDA RM 30,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/02/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

15 Februari 2023, MELAKA - Sebuah premis pembuatan penyaduran logam, ME Technology Sdn. Bhd. telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada hari ini. Pihak premis didapati melepaskan efluen melebihi had piawaian yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian), 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Pihak premis telah mengaku salah ke atas pertuduhan di bawah Per. 11(1) (b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian), 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 30,000.00. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan