PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN SUNGAI LEREH, KLEBANG, MELAKA

DOE Melaka 21/02/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN SUNGAI LEREH, KLEBANG, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/02/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

18 Februari 2023, KLEBANG, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menerima aduan daripada pegawai Malaysian Nature Society (MNS) berkaitan air berwarna hitam yang didapati dilepaskan ke dalam Sungai Lereh, Klebang. Susulan itu, siasatan segera telah dijalankan dengan kekuatan dua anggota penguatkuasa dari jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Hasil siasatan mendapati pencemaran berkemungkinan berpunca dari aktiviti membela lembu, kambing dan / atau ternakan ikan keli berdekatan. Walaupun sisa pencemaran dari aktiviti ini tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 namun sampel air telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Hasil siasatan dan keputusan analisa akan diserahkan kepada Badan Kawal Selia Air (BKSA) kelak untuk tindakan lanjut. Adalah diharapkan aspek kawalan pencemaran diambilkira dalam memastikan ‘food security’ dilaksanakan dalam memastikan keseimbangan. #KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan