PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

BENGKEL PEMANTAPAN PROGRAM KOSPEN WOW BERSAMA PELBAGAI AGENSI

DOE Perlis 21/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PEMANTAPAN PROGRAM KOSPEN WOW BERSAMA PELBAGAI AGENSI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/02/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

10 Februari 2023, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Perlis telah menghadiri bengkel selama dua hari pada 9 & 10 Februari 2023 yang telah diadakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bin Bohari. Bengkel ini disertai oleh pelbagai agensi terdiri daripada kerajaan negeri, persekutuan dan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC). KOSPEN WOW membawa maksud Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dan Wellness of Workers (WOW). Bengkel ini dilaksanakan untuk memperkukuhkan pelaksanaan Program KOSPEN WOW kepada setiap agensi terlibat dengan pelaksanaan program mengikut garispanduan yang telah ditetapkan, merancang dan melaksanakan program secara menyeluruh dan mempromosikan KOSPEN WOW di tempat kerja mengikut amalan terbaik. Diharapkan dengan pelaksanaan amalan KOSPEN WOW di jabatan ini dapat melahirkan pekerja yang sihat dan selamat untuk bekerja seterusnya menghasilkan pekerja yang produktif seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_feb2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan