PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN EIA KE ATAS PROJEK-PROJEK EIA DI MUKIM TITI TINGGI DAN CHUPING, PERLIS

DOE Perlis 21/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN EIA KE ATAS PROJEK-PROJEK EIA DI MUKIM TITI TINGGI DAN CHUPING, PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/02/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

9 Februari 2023, PERLIS - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemeriksaan dua hari berturut ke atas tiga (3) projek EIA iaitu projek menaik taraf Empangan Timah Tasoh di Mukim Titi Tinggi, projek Pengangkutan Railway Spurline dan projek Terminal Pelabuhan Darat di Chuping, Perlis. Pemeriksaan terhadap tapak projek EIA ini adalah bagi memastikan pematuhan ke atas syarat-syarat EIA di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di patuhi sepenuhnya oleh penggerak projek. Rondaan mencegah pembakaran terbuka juga turut dijalankan bagi memastikan tiada pembakaran terbuka yang berlaku terutamanya di kawasan tapak projek. Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya. Kehadiran penguatkuasa Jabatan ini di lapangan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara. #nrecc #JabatanAlamSekitar #JASPerlis #AlamSekitarTanggungjawabBersama #jasperlis_feb2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan