PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KETERI

DOE Perlis 21/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KETERI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/02/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

9 FEBRUARI 2023, BESERI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah mengadakan pameran sempena Hari Karnival Usahawan Muda Peringkat Sekolah yang diadakan di perkarangan tempat letak kenderaan Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri. Selain pameran, aktiviti permainan, edaran buku aktiviti dan lain-lain aktiviti juga disediakan bagi menarik minat pelajar untuk mengunjungi booth pameran disamping mendapat ilmu pengetahuan berkaitan alam sekitar. Tujuan pameran alam sekitar diadakan adalah untuk mempromosikan aktiviti kesedaran alam sekitar kepada orang ramai. Jabatan ini mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_feb2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan