PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SALANG

DOE Perlis 21/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SALANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
21/02/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

14 FEBRUARI 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah mengadakan pameran sempena Program 'Jom Mai Nat Harumanis Peringkat Sekolah 22/23' yang telah diadakan di perkarangan tempat letak kenderaan Sekolah Kebangsaan Kampong Salang. Program utama sambutan adalah Bengkel Cantuman Benih Harumanis dan Pengurusan Tanaman Padi kepada penduduk sekitar oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Selain pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, aktiviti perasmian, gerai jualan dan pemeriksaan kesihatan juga diadakan kepada semua pengunjung. Pertandingan mewarna dan pertunjukan fesyen oleh kanak-kanak juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana serta menarik minat para pelajar untuk turut serta dalam aktiviti yang telah dijalankan. Jabatan ini mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_feb2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan