Penerangan
BENTONG, 14 Februari 2023 - JAS Negeri Pahang bersama JAS Cawangan Temerloh telah menjalankan pemantauan udara menggunakan dron di kawasan kejadian banjir kilat di Janda Baik dan kampong Bukit Tinggi Bentong yang berlaku pada petang 12 Februari 2022.
Pemantauan udara ini adalah susulan kepada siasatan di lapangan yang dijalankan oleh JAS cawangan Temerloh pada 13 Februari 2023 bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kawasan berlaku banjir kilat yang berpotensi menjadi punca tanah runtuh dan banjir lumpur tersebut.