Penerangan
LIPIS, 14 Februari 2023 - JAS Negeri Pahang telah menjalankan Program Pengawasan bagi Kualiti Air Sungai Temau. Sampel air sungai diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa mengikut program yang dirancang.
Pengujian analisis In situ juga turut dijalankan di beberapa stesen Sungai Temau dengan menggunakan YSI Pro DSS Multiparameter Water Quality Meter bagi membuat pengukuran beberapa parameter seperti suhu, oksigen terlarut, jumlah pepejal terlarut, kemasinan, pH, kekeruhan dan kedalaman.