Penerangan
GEBENG, 14 Februari 2023 - Satu Operasi Bersepadu telah dijalankan ke atas sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pemerolehan kembali e-waste tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Gebeng diketuai oleh Pasukan Penguatkuasaan JAS Negeri Pahang dengan kerjasama PDRM, BOMBA, JKKP dan JKDM. Turut hadir dalam operasi tersebut ialah ADN Beserah, YB Andansura Rabu.
Hasil serbuan mendapati kilang masih lagi beroperasi walaupun tindakan arahan menghentikan operasi serta Penahanan Operasi Kelengkapan telah diambil sebelum ini. JAS telah mengambil sampel dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang untuk dianalisa bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya. Kes disiasat dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.