Penerangan
KUANTAN, 31 Januari 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menganjurkan Program Retreat Pencapaian Kerja 2022 dan Perancangan Kerja 2023 telah diadakan selama (2) hari pada 30-31 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang.
Program yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JAS Pahang dan Cawangan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian/Unit/Cawangan ini adalah bertujuan untuk membentangkan hasil pencapaian sebenar secara keseluruhan program dan aktiviti berbanding sasaran asal yang ditetapkan serta membincangkan program/aktiviti serta hala tuju jabatan pada tahun 2023.