Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN KERJA UiTM CAWANGAN PULAU PINANG KE JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 16/02/2023
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
27 Januari 2023 (Jumaat), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menerima lawatan kerja dari Jawatankuasa Eksekutif Negeri dan Ahli Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) yang melibatkan Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam. Kehadiran tetamu UiTMCPP ini disambut oleh Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab, pengarah JAS Pulau Pinang. Pertemuan ini juga membincangkan hala tuju strategik yang boleh dicapai di antara pihak UiTMCPP dan JAS yang bukan hanya melibatkan program kesedaran tetapi juga melibatkan perkongsian kepakaran dan input penyelidikan berkaitan isu-isu alam sekitar