Penerangan
28 Januari 2023 (Sabtu), Sempena Hari Keusahawanan SK Mak Mandin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar di sekolah tersebut. Pengisian program adalah mengedarkan risalah-risalah berkenaan kepentingan penjagaan alam sekitar, pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar, permainan menyusun puzzle logo Jabatan Alam Sekitar, tayangan video serta penerangan berkenaan isu-isu alam sekitar setempat.