Penerangan
31 Januari 2023 (Selasa), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah dijemput ke Majlis Pelancaran Program Kitar Semula di Sekolah Kebangsaan Khir Johari anjuran bersama Stesen Janakuasa Gelugor. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Sharifah Zakiah bt Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang. Turut hadir adalah Encik Rosli bin Ashaari, Plant General Manager Stesen Janakuasa Gelugor dan Encik Mhd. Shukree bin Shahabudin, Managing Director Stesen Janakuasa Perai. Turut diadakan adalah aktiviti penanaman pokok, perasmian sangkar kitar semula dan kuiz alam sekitar bersama murid-murid SK Khir Johari