Penerangan
2 Februari 2023 (Khamis), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menerima kunjungan hormat Leftenan Komander Fadhil Bin Samsuddin, Resident Naval Officer of Penang (RNO Penang) @ Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang di pejabat JAS Pulau Pinang. Kehadiran tetamu ini disambut oleh Puan Sharifah Zakiah bt Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang. Pertemuan ini membincangkan hala tuju strategik yang boleh dicapai di antara RNO Penang dan JAS Pulau Pinang. Antara intipati adalah program kesedaran bagi tahun 2023 dan juga perkongsian kepakaran di antara kedua belah pihak.