Penerangan
20 Januari 2023 (Jumaat), Kerjasama berterusan antara Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama-sama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan pengurusan PLUS diteruskan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. Objektif utama operasi adalah bagi menangani gejala lumba haram motosikal di Pulau Pinang serta pelbagai kesalahan jalanraya. Unit Kenderaan Bermotor JAS Pulau Pinang turut menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan) 1987. Sebanyak 152 buah motosikal diperiksa dalam operasi ini dan 45 buah motosikal telah menjalani ujian meter bunyi bising motosikal