Penerangan
JOHOR BAHRU, 18 Januari 2023 – Satu Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) telah diadakan di pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor dan dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan, En. Badlishah bin Ahmad. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JAS Johor serta ahli-ahli EIATRC iaitu wakil Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi cadangan projek pengorekan dan penambakan di daerah Johor Bahru ini telah dibincangkan melalui pembentangan dari pihak penggerak projek dan perunding berkenaan maklumat-maklumat berkaitan cadangan projek seperti keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek dan langkah-langkah mitigasinya.
Ahli-ahli EIATRC telah memberi ulasan berkaitan dan diambil maklum oleh JAS Johor untuk mempertimbangkan kelulusan laporan EIA mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.