Penerangan
24 Januari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat ) telah menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa buah premis di Kawasan Perindustrian di Taman Teknologi Nusajaya , Johor Bahru bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Arahan penambahbaikan telah dikeluarkan kepada premis mematuhi Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah Akta tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.