Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PELEPASAN EFLUEN KE ALUR AIR, PREMIS DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 16/02/2023
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
23 JANUARI 2023, KLUANG – Pemantauan kualiti air di upstream LRA Sempena Cuti Perayaan Tahun Baru Cina menemui kilang melepaskan efluen ke alur air tanpa rawatan. Tindakan serta-merta diambil dengan mengenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya pihak kilang menghentikan aktiviti yang menyebabkan pencemaran tanpa kawalan ini.
Pemain industri dinasihatkan agar memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya sebelum beroperasi. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.