PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

AIR MERAH, PENGUSAHA BAKAL DITARIK LESEN DAN DIKENAKAN HUKUMAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

DOE Johor 16/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AIR MERAH, PENGUSAHA BAKAL DITARIK LESEN DAN DIKENAKAN HUKUMAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/02/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

22 JANUARI 2023, KLUANG –Cuti Perayaan Tahun Baru Cina, pengusaha sebuah kilang kitar semula gagal mengawal pencemaran dari premis bakal dikenakan tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana telah menyebabkan pencemaran air berwarna merah ke sungai berhampiran. Berdasarkan siasatan bersepadu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kluang bersama PDRM, PBT dan Penghulu kawasan mendapati punca pencemaran adalah dari sisa sampah di tapak premis yang diletakkan di kawasan terbuka menghasilkan warna merah apabila hujan lebat dikawasan berkenaan hingga mengalir ke sungai berdekatan. Arahan serta merta pembersihan sisa sampah yang terdedah telah dikeluarkan bagi mengelakkan dan mengurangkan impak pencemaran terus berlaku ke perparitan awam. Sisa sampah tersebut hendaklah ditempatkan di kawasan berbumbung dan di dalam tong roro. Notis Arahan dibawah seksyen 31 & 37 akan dikeluarkan kepada pihak kilang bagi tujuan pembersihan dan kawalan pencemaran. Susulan kes ini juga dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi pembaharuan lesen perniagaan premis tidak disokong sehingga kerja-kerja pembaikan dan pembersihan dengan mengambil kira impak pencemaran dilaksanakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan