PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Johor 16/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/02/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

22 Januari 2023, ULU TIRAM : Sepasukan pegawai JAS Negeri Johor melakukan rondaan industri dan pembakaran terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina telah mendapati terdapat pelepasan efluen yang tidak mematuhi parameter pH daripada sebuah premis yang menjalankan pengilangan dan penyaduran logam. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap premis dikenakan dan pihak kilang diarah mengambil tindakan pembaikan bagi memastikan pelepasan efluen sentiasa mematuhi had yang dibenarkan. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan