Penerangan
20 JANUARI 2023, KLUANG – Terima kasih pada mata dan telinga JAS memberikan info yang tepat. Walaupun cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kluang tetap menjalankan penguatkuasaan aduan pencemaran air putih dilapangan.
Tindakan serta-merta diambil dengan mengenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya pihak kilang menghentikan aktiviti yang menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran. Selain itu, premis juga diberikan Notis Arahan dan kertas siasatan dibuka bagi kesalahan dibawah PPKAS(EP) 2009 dan PPKAS (UB) 2014 di bawah akta yang sama.
Pemain industri dinasihatkan agar memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya sebelum beroperasi.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.