Penerangan
19 Januari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dari Unit Penguatkuasaan Industri (JB Timur) telah menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai efluen tidak dirawat dilepaskan ke dalam sungai.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dibuat bagi premis menghentikan pencemaran dan menjalankan langkah pembaikan bagi membendung pencemaran.