Penerangan
19 JANUARI 2023, KLUANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus komited menjalankan penguatkuasaan aduan premis yang menghasilkan asap hitam dan bau sekaligus menyebabkan pencemaran kepada penduduk setempat.
Tindakan serta-merta diambil dengan mengenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya pihak kilang menghentikan aktiviti yang menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran.
Isu kilang haram juga dipanjangkan pada Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Daerah bagi tindakan dibawah bidang kuasa agensi terbabit. Satu laporan polis telah dibuat bagi tujuan rujukan dan tindakan dari masa ke semasa.