PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

JAS TERENGGANU PANTAU 16 STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH

DOE Terengganu 13/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU PANTAU 16 STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
13/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 12 Februari 2023, - Seksyen Kesedaran Alam Sekitar, Stor dan Pengawasan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di dua stesen yang terletak di Sekolah Kebangsaan Bari dan Sekolah Kebangsaan Merang, daerah Setiu hari ini. Peralatan teknikal Multi Parameter Probe YSI digunakan untuk menentukan kualiti air tanah secara in-situ bagi parameter suhu, pepejal terlarut, pH, kemasinan, konduktiviti , kekeruhan dan oksigen terlarut, Sampel air bawah tanah juga diambil untuk analisa makmal oleh Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Negeri Terengganu dan Petaling Jaya, Selangor. Perancangan program pengawasan air tanah pada tahun ini, melibatkan 16 stesen di negeri ini. Pelaksanaan program pengawasan dan pelaporan kualiti air bawah tanah oleh JAS ini, telah bermula sejak tahun 1977. Air tanah kini menjadi sumber air yang semakin penting dan ianya juga mudah terdedah kepada pelbagai punca pencemaran yang berpotensi menjejaskan kegunaan berfaedahnya. Dengan wujudnya program ini, akan dapat mempertingkatkan kualiti air tanah yang komprehensif dan menyeluruh, serta tahap dan kemampuan kualiti hidup rakyat jiga dapat ditingkatkan melalui langkah-langkah proaktif di dalam pengawalan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah. #Kementeriansumber aslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan