PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PROGRAM PENGAWASAN DILAKSANAKAN DEMI KEPENTINGAN PEMELIHARAAN SUMBER AIR TANAH

DOE Terengganu 13/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGAWASAN DILAKSANAKAN DEMI KEPENTINGAN PEMELIHARAAN SUMBER AIR TANAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
13/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 13 Februari 2023: Seksyen Kesedaran Alam Sekitar, Stor dan Pengawasan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus komirted menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di dua stesen yang terletak di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai dan Sekolah Kebangsaan Telaga, di daerah Hulu Terengganu. Selain Multi Parameter Probe YSI digunakan untuk menentukan tahap kualiti air tanah secara in-situ, sampel air tanah juga diambil bagi ujian makmal yang dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu dan JKM Ibu Pejabat Petaling Jaya, Selangor. Keputusan analisis sampel ini, boleh menentukan tahap kualiti air tanah berdasarkan parameter heavy metal, phenol, nitrit, phosphate,sulphate,klorin,jumlah pepejal terlarut, hardness, pesticide dan volatile organic carbon. Dengan komitmen dan usaha kerajaan dalam memelihara kualiti sumber air bawah tanah ini akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan alam sekitar secara menyeluruh. #Kementeriansumber aslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan