Penerangan
20 Januari 2023, MELAKA - Seramai 10 penyelam open water, advance dan divemaster dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menghadiri Program Selam SCUBA di Pulau Undan, Melaka pada 18 Januari 2023 yang lalu di bawah anjuran Jabatan Perikanan Negeri Melaka. Aktiviti selam SCUBA ini merupakan aktiviti yang julungkali diadakan dimana ia adalah kolaborasi pertama bersama Jabatan Perikanan Negeri Melaka. Objektif utama aktivit ini adalah memantau tahap kualiti air marin di perairan Pulau Undan, Melaka. Terdapat stesen pemantau kualiti air marin secara kekal yang diselia oleh pihak Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. Penemuan beberapa spesis terumbu karang dan hidupan fauna yang hidup segar dan tidak tercemar menunjukkan keadaan air marin di persekitaran Pulau Undan itu berada di tahap semulajadi yang baik.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama