PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SELITAN PROGRAM CEPA DALAM SESI DIALOG BERSAMA KOMUNITI NELAYAN DAN ANGGOTA AGENSI-AGENSI KERAJAAN SEMPENA SESI LAWATAN PENYELIDIKAN PERSATUAN PROMOSI MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (APPGM-SDG) KE KAWASAN PARLIMEN MASJID TANAH, MELAKA

DOE Melaka 07/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SELITAN PROGRAM CEPA DALAM SESI DIALOG BERSAMA KOMUNITI NELAYAN DAN ANGGOTA AGENSI-AGENSI KERAJAAN SEMPENA SESI LAWATAN PENYELIDIKAN PERSATUAN PROMOSI MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (APPGM-SDG) KE KAWASAN PARLIMEN MASJID TANAH, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/02/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

3 Februari 2023 PAYA LEBAR, MELAKA – Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah bersama-sama pihak penganjur mendekati komuniti nelayan di Kawasan Ekotourism Jeti Payar Lebar, Masjid Tanah. Selain mendengar luahan komuniti nelayan, aktiviti CEPA turut diadakan dalam memaklumkan bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar dalam matlamat pembangunan lestari. Poster dan brosur kesedaran alam sekitar turut diedarkan kepada komuniti nelayan tempatan yang mengambil bahagian dalam sesi dialog tersebut. Program seumpama ini amatlah dialu-alukan kerana Jabatan Alam Sekitar dapat terus mendekati komuniti yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar iaitu sungai dan laut selain bertukar-tukar pandangan. Adalah diharapkan kesedaran alam sekitar akan terus subur di kalangan komuniti nelayan yang boleh menjadi mata dan telinga dalam menyampaikan maklumat pencemaran. #KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan