Penerangan
KUALA TERENGGANU, 2 FEBRUARI 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah dijemput menyertai pameran pada Majlis Kick–Off Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
Majlis telah berlangsung di Darul Iman Training Centre (DITC), Telok Kalong, Kemaman dan dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijara Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Selain pameran, JAS Terengganu juga turut mengambil peluang menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada pengunjung.
Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.