PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN

DOE Terengganu 12/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
12/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN- TERENGGANU, 3 FEBRUARI 2023: Hari ini, cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman, telah menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan melibatkan sekitar Kijal, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Bakau Tinggi Chukai, Jakar, Mak Chili, Geliga, Paya Berenjut dan Mak Lagam. Hasil rondaan ini mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dijumpai. Walau bagaimanapun “banner” larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tapak pembinaan Taman Banggol Perdana Paya Berenjut, kawasan pembinaan Masjid Mak Lagam dan kawasan Ibok kerana terdapat longgokan sisa yangg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka Selain itu juga, hasil pemantauan operasi premis-premis yang berada di Kawasan Perindustrian Jakar dan Kawasan Perindustrian Telok Kalong juga tidak mengesan sebarang aktiviti abnormal di sekitar kawasan tersebut. Pemantauan ke atas infra struktur tanah gambut di kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku semasa musim panas iaitu check dam di kampung Padang Kemunting berada pada keadaan yang baik. Kesiap siagaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman dalam memantau punca-punca pemcemaran di daerah ini bagi memastikan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan