Penerangan
KEMAMAN, 4 FEBRUARI 2023 – Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Cawangan Kemaman terus komited meningkatkan rondaan bagi memantau kualiti udara dan operasi kilang-kilang di daerah ini.
Dengan menggunakan peralatan “Portable Multi Gas Analyser (CEREX)”, status kualiti udara secara insitu dapat dianalisa dan direkodkan untuk tindakan susulan JAS Terengganu.
Inisiatif dan tindakan proaktif ini diambil bagi menyediakan data pemantauan kualiti udara in-situ terkini di kawasan perindustrian serta kesiap siagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pencemaran yang tidak diingini berlaku.
Kesiap siagaan ini, bagi memastikan kesejahteraan orang awam diberi keutamaan dan operasi kilang-kilang di negeri Terengganu ini berada pada tahap pematuhan yang baik di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.