PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGGUNAAN DRONE PANTAU PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DOE Terengganu 12/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGGUNAAN DRONE PANTAU PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
12/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN -10 FEBRUARI 2023: Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman terus komited menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Penggunaan peralatan drone bagi meninjau dari udara ke atas potensi berlakunya kes-kes jenayah alam sekitar dan aktiviti pembakaran terbuka telah dilakukan melibatkan kawasan Gong Pauh, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Kijal, Meraga Beris, Kemasik, Kerteh, Gelugor, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman Supply Base dan Chukai. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan. Pemantauan premis telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kemaman Supply Base. Tinjauan dari udara turut dibuat kepada penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kemaman Supply Base. Tiada sebarang kejadian yang mencurigakan ditemui. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman ini diharap dapat membendung sebarang kejadian penceraman yang tidak diingini berlaku.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan